PELAKON Hollywood terkenal Bruce Willis disahkan menghidap demensia 'frontotemporal'.
Dalam satu kenyataan oleh keluarganya di media sosial, mereka memaklumkan berasa "lega setelah akhirnya beroleh diagnosis yang jelas".
Pelakon berusia 67 tahun itu sebelum ini disahkan menghidap afasia yang menyebabkan kesukaran bercakap pada musim bunga tahun lalu.
Namun penyakit itu kini telah merebak dan diberi diagnosis yang lebih spesifik, umum kenyataan keluarga Willis.
Kenyataan itu turut menyatakan bahawa demensia frontotemporal adalah yang paling biasa pada mereka yang berusia di bawah 60 tahun.
"Setakat ini tiada rawatan untuk penyakit itu, satu realiti yang kami harap boleh berubah pada tahun-tahun akan datang," kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan itu ditandatangani ahli keluarga Willis termasuk isterinya Emma Heming, bekas isteri Demi Moore, dan lima anak perempuannya.
Willis terkenal pada era 1980-an dan 90-an selepas membintangi filem blockbuster seperti "Die Hard", "The Sixth Sense", "Armageddon" dan "Pulp Fiction".
Dia juga telah dicalonkan untuk lima anugerah Golden Globe di mana dia berjaya memenangi satu anugerah untuk siri televisyen "Moonlighting".
Beliau juga memenangi dua daripada tiga pencalonan anugerah Emmy.
Menurut laman web NHS UK, demensia frontotemporal adalah satu bentuk penyakit yang menyebabkan penghidap mengalami masalah tingkah laku dan pertuturan.
Gejala termasuk pergerakan perlahan atau kaku, kehilangan kawalan pundi kencing atau usus, dan kelemahan otot.
Astro Awani
Fri Feb 17 2023
Pelakon berusia 67 tahun itu sebelum ini disahkan menghidap afasia yang menyebabkan kesukaran bercakap pada musim bunga tahun lalu. - Foto Instagram/brucewillisbw
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Ucapan pertama pelakon Bruce Willis selepas disahkan menghidap dementia
Bruce Willis Willis buat pertama kalinya dilihat bersuara selepas khabar dirinya nyanyuk diketahui umum.
"Selamat hari lahir Bruce Willis, kamu disayangi ramai"
Emma Heming mengakui sedih dengan keadaan Bruce Willis, Demi Moore pula titip ucapan penuh kasih sayang buat bekas suami.
'Tolong jangan jerit' - Isteri Bruce Willis rayu paparazzi hormati keadaan suami
Isteri kepada aktor terkenal Bruce Willis, Emma Heming Willis dilaporkan merayu kepada sekumpulan paparazi yang bertindak mengejar suaminya, baru-baru ini.
Hidap demensia, keluarga pastikan Bruce Willis terus aktif
Selepas disahkan menghidap penyakit demensia, keluarga Bruce Willis bertekad untuk memastikan pelakon itu terus aktif.
Bruce Willis disahkan menghidap demensia
Pelakon berusia 67 tahun itu sebelum ini disahkan menghidap afasia yang menyebabkan kesukaran bercakap pada musim bunga tahun lalu.
Penganjur anugerah Razzie tarik balik 'anugerah' untuk Bruce Willis
Penganjur berkata adalah tidak wajar untuk memberikan anugerah itu kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan.
Adakah tiga orang gila ini sebenarnya adiwira?
Tiga lelaki misteri dipertemukan di sebuah rumah sakit mental, namun seorang pakar psikiatri yakin mereka tidak gila tetapi sebenarnya adiwira.
Rumah Bruce Willis di Central Park terjual dengan harga RM69 juta
Hanya beberapa bulan sahaja di pasaran, apartmen mewah Bruce Willis dan isterinya Emma berjaya terjual dengan harga RM69 juta.
G.I Joe cecah kutipan box office $41.2 juta
Filem susulan G.I. Joe: Retaliation mendahului kutipan box office di Amerika Utara pada hujung minggu pertama tayangannya dengan memperoleh $41.2 juta semalam.
Bruce Willis terima pingat di Perancis
Atas sumbangannya kepada dunia sinema, Bruce Willis dikurniakan pingat "Commander of the Arts" di Paris.